Wednesday, March 2, 2011

My heart n my soul...~

(Mak n Abah time raya 2010)

Salam uollll.. Rasanya da lama i tak update blog ni..almaklumlah kengkangan keje yg tidak mengizinkan..heheheh..sya yg menurut perintah la katakan..so entry kali ni i nk cite ttg harta dunia akhirat yg i takkan dpt kt maner2 pon..harta yg sgt bernilai..tanpa mereka maka i pon xde dlm dunia ni...chewahh...kali ni i nk cite pasal mak n abah i iaitu En Sahedan Omar & Pn Zaiton Maitet..Alkisahnyer...kisah cinta abah n mak i ni i pon xpasti ape citernyer..tp yg i sure cinta dorg 'cinta utara selatan' sbb abah i org utara n mak i org nogori..so uoll pikir sendiri la yer...hasil perkahwinan mereka maka terkeluarlah 6 orang cahaya mata yg i rasa sekarang ni sumer berjaya hasil didikan abah n mak.....cuma adik je yg masih merangkak slow2 nk membina kehidupan...takpe dik slow2 kayuh....heheheheh..
      Honestly family kami ni bukanlah dr org2 yg senang..tp berkat kegigihan dan penat lelah abah n mak membesarkan kami alhamdulillah semua anak abah n mak berjaya jugak dan telah pon ader haluan masing2..walaupon abah cuma bekerja biasa dan mak hanya suri rumahtangga,alhamdulillah anak2 abah n mak dapat juga menghabiskan pembelanjaran..itulah jasa dan pengorbanan abah n mak yang tak ternilai dan tak terbalas oleh kami...Thanx u so much.....Sekarang usia abah n mak makin bertambah tp alhamdulillah abah n mak masih larat utk menjaga dan membesarkan cucunya..dulu abah n mak penat lelah membesarkan kami,tp sekarang menjaga cucu pulak..Memang besar pengorbanan abah n mak.. (sob..sob...)..Kami anak2 sentiasa mendoakan kesihatan yang baik untuk abah n mak..
   Abah n mak..Thanx for everyting...Seandainya ada kehidupan lain,asha tetap nk abah n mak jadik abah n mak asha...abah n mak yang terbaik di dunia....Asha sayang abah n mak..Asha janji selagi hayat dikandung badan, asha akan cuba sehabis baik utk menggembirakan mak n abah....Semoga Allah SWT memanjangkan umur sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk abah n mak..Bagi yang bergelar anak, 'Hargai Jasa Ayah & Ibu Kita Selagi Mereka Masih Ada'..Berbakti lah kepada mereka sebaik mungkin..

         (Mak n Abah masa kat Port Dickson)

(Abah yang suke loyar buruk..hehehehhe)

(Masa hendak menunaikan haji)


(Hepy family.....)

Weollll luv abah n mak banyyyaaaakkkkk sangggaaattttt

------------------------------------------------------------------------------



anakmu: Asha
   

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


'Berilmu,beriman dan beramal......'

2 comments: