Friday, October 21, 2011

: Busyyyyzzzzzz :

Salam uolll..harini i busy gilez...baru plan nk berjimba2 kat IKEA...terpaksa membantutkan planning sbb ader meeting urgent..aishhh.....so now i busy body la skit....hahahaha..nnti sambung kat entry lain k..
 


Wednesday, October 19, 2011

: Frustrated :

Salam uollll....
Harini i sedih + keciwa..Tak tahulah nape maybe terkilan dengan bebrapa perkara yang terjadi di sekeliling i .sumting yg i xsuke terjadi tp tetap terjadi..hmmmm,now i berserah..biar masa tentukan segalanya.I tetap percaya pasti ada hikmah atas sume yg terjadi..Ape yg i mampu buat hanya berdoa agar ape yg i usahakan ape yg i cuba ikhtiarkan ni orang nmpak. Bukan nmpak ape at least nmpak sebab ape i bersungguh2 buat semua ni...I hanya berdoa semoga semuanyer OK...Bile kite da usahakan sesuatu utk kebaikan dan kebajikan org lain,tp org skit pon xnampak,tak hargai....itu betul2 buat kite sedih....I sayang semua disekeliling i,tp i xdapat berbuat ape2....




Monday, October 10, 2011

Mummy's Sweatheart

Salam uolll..da lama betul i x update blog ni..almaklumlah sibuk menguruskan anak..heheheh..betul la kata org tua2 da ader anak ni time honeymoon da abis da..now semua akan mengutamakan anak..arini genap 3 bulan 3 hari usia anak mummy Irfan Nur Iman..Sekejap je anak mummy da besar..kalau bole mummy nak tengok Iman bercakap da..(melampau tol mummy ko ni)..heheheh.segalanya da berubah..kalau sblm ni mummy n dedi bangun kul 5.45am nk g work,now bile Iman ade mummy terpaksa bangun lg awal 5.30am sbb nk uruskan anak mummy ni..nk tidow n makan pn skrg kena take turn.huhuhu..xpela nak,mummy sggup sume untuk kamu..sebab,kamulah cinta hati kebahagiaan mummy n dedi..mummy selalu berdoa anak mummy ni jd ank soleh...anak dengar cakap,berjaya dlm hidup.carikkan mummy menntu yg cun..hahahaha...


[Fresh from Oven - 07072011]

[Adik kena balut]
[Adik 20 hari]
[Adik sebulan]
[Adik 2 bulan]
[Adik cokong ManU - 3 month]
[3 month - Jalan2 time]


[Irfan Nur Iman ]

Alhamdulillah anak mummy sihat, aktif n makin gombot....Mummy love u alwiz lah sayang...

Saturday, August 20, 2011

: Iman Operate :

Salam uooll..
kali ni i nk cite pasal baby i yg terpaksa di operate sebab hernia..kan entry before ni i de cite yg baby i kena hernia..macm2 usaha i & hubby da buat.Bawak berurut sudah,tuam sudah,tp xlega2..Iman masih menangis menahan kesakitan akibat hernia tu..Then dgn berat hati i bawak Iman g HUKM,suddently doktor suggest suh operate..Mmg sukar nk buat keputusan tp bile dipikir2 balik ini yg terbayek..i xsggup nk dgr Iman setiap hari menangis tahan sakit...so ikut schedule doktor lagi seminggu nk raya baru ader available..

Naluri ibu mana tahan tengok baby die menangis menahan sakit..tak sggup i.i suh hubby i col doktor tuk percepatkan operation..Mmg da rezeki Iman khamis (11.08.2011) ader kosong sbb patient cancel operate..ntahlah,i sebena berat hati tp demi kebaikan Iman i kuatkan hati bwk die g operate..so kiteorg berkampung semalam di HUKM..Sayu i tgk Iman malam tu,macm nk lari balik je xyah operate..tp malam tu Iman hepy sgt walaupun kena puasa..

Esok paginyer Iman da merengek nk susu,tp xboleh bagi sbb masih berpuasa..i panik,puting plak xde.nak xnak terpaksa i bg tutup botol kosong..kesiannyer anak aku Ya Allah...seb baik Iman first case.Lepas sejam Iman kuar dr bilik operate..Tangisan die masyaAllah kuat dengar satu OT tu..terus doktor pggl i suh bg Iman susu..bile i tengok tangan Iman bercucuk jarum,tengok perut ader parut kena potongmenitik air mata keibuan i..kesian tengok die kecik2 kena bius,kena operate..tp xpe sayang demi masa depan kamu,mummy sanggup...Iman ni lasak,mmg xduduk diam.maybe die xselesa sbb jarum kt tangan tu.die meragam je..Alhmdulillah tengahari tu doktor dtg n bgtau Iman boleh discharge...Alhmdulillah...






Sunday, August 7, 2011

Angin Pasang

Salam uollll...arini genap baby Iman sebulan..Alhamdulillah baby iman sihat.Mummy die pon lagi 14 hari je nak habis pantang..hehehehhe..ape yg i nk cite kt sini ttg baby Iman yg ade tanda2 nk kena 'angin pasang'.Mungkin ade sesetengah dari uol yg xtau ttg sakit ni..actually i pon xbrapa paham ttg sakit ni,tp bile baby i sendiri ader tanda2 n lepas puas i google info, br i paham skit.n now i ngah carik cmne cara nk hilangkan benda ni..
For uolnye info,beberapa ati lepas,masa wan die mandikan die tetiba wan die terperasan ade benjolan di ari2 belah kii baby iman.bile ditekan terasa macam ade angin bergerak.bile diurut2 lama2 benjolan tu pon hilang..i tetiba jadi wisau bile mak i ckp tu mcm tanda2 angin pasang.i pun pelik gak sbb slalunya org cakap angin pasang ni jadi kat anu2 baby tu yg benjol,p ni kt ari2 die je..tp bile google2 betul benjolan di ari2 tu pun tanda2 nk terkena angin pasang...
so i pon google2 la cara nk hilangkan angin pasang ni..byk cara rupanya...ni ade seba sikit info pasal angin pasang utk makluman bersama...

" Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.


Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.


Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan. .
Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

Petua menghilangkan Angin pasang:
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum)
  • Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
  • Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.
  • Gunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).
  • Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.
  • Tuam guna lada hitam../ biji sawi yg goreng dlm kuali tanpa myk. Lepas tu bungkus dgn kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi/ ptg...
  • Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dlm periuk.. jangan panaskan lama2, nanti terlalu panas lak.. dlm 1-2 minit jerk. Pastu, masukkan dlm kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut baby ngan telur dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tuh...
  • Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat n tekap2 kat area 'anu' die..pastu urut secara menurun dari pinggang( buat dlm keadaan kedua2 belah tgn terbuka)ke tepi kelengkag baby..guna minyak bayi supaya bayi selesa.."


So far sekarang i mmg tuam 3 kali sehari baby iman ni..sume wan die buat..i ade gak bawk g jumpa tukang urut.tukang urut tu baca skit kt myk yg nk diurut kt baby iman..ikhtiar je la kan??hopefully hilanglah angin pasang tu..td tgh i google2 terbaca plak cara lain nk hilangkan angin pasang ni iaitu dengan cara tuam dengan buah daun kecubung..uol pernah dgr tak??org kata susah dapat daun ni,tp i kalau bole nk ikhtiar jugak cari kalau betul cara ni boleh hilangkan sakit angin pasang tu..ni ader gamba buah daun kecubung tu tuk makluman bersama....


So now misi i adalah mencari DAUN BUAH KECUBUNG...............

Thursday, July 28, 2011

Alhamdulillah..Welkam Irfan Nur Iman

Alhamdulillah...da lama tak post kt sini..harini baby Iman tidow dapat jugaklah mummy menculas mencoret skit tuk entry kali ni..Arini mummy nk cite ttg anugerah yang tak ternilai yg diberikan tuk deddy dan mummy..permata hati kesayangan dedy n mummy iaitu Irfan Nur Iman yg selamat dilahirkan secara normal pada 7 Julai 2011 jam 0015 dengan berat 3.17 di Hospital Ampang...
Tak tegambar oleh kata2 mcmne mummy n dedy nk expresskan kesyukuran yg tak terhingga dengan kehadiran cinta hati mummy ni..Semoga dengan kehadiran putera sulung mummy ni membawa kerahmatan dan kebahagiaan untuk keluarga kite..Untuk anak mummy Irfan Nur Iman,semoga Iman membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh dan kebanggaan mummy n dedy...
N for dedy,thanx for everyting..Mummy sayang dedy sesangat.....


Friday, July 1, 2011

: Hepy Befday Sayang :

Salam guys...Arini befday hubby cinta hati sayang i..hehehe..da tua da deddy da masuk 28 tahun.
mummy muda lagi.tp lusa nanti mummy plak masuk 28 tahun..
Mummy doakan deddy dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.
Semoga deddy akan jd suami yg bertanggungjawab,penyanyang.
Deddy da tua tau,jgn noty2..kalau x mummy babap nnti.
Semoga deddy tetap hencem n maintain cm sekarang..hikhik..
Yang penting.................... 
Mummy sayang dedy..
All in Julai.kalau uolll nak tau kami ni family julai.
sume benda2 penting terjadi dlm bulan Julai.
Hubby i nye befday harini,esok 2 july our anniversary,3 july my befday plak.
hopefully our baby pon keluar dlm awal2 july ni jugak..
pandai x we all plan???hahahahaha...insyaallah..ni pon da sakit2 tp xde tanda2 lagik..
i selalu doa agar dipermudahkan urusan di labour room nanti..Amin.....
Cuak kebebe gak ooii...
So ni i pon ngah standy mode jerk..
oklah uollll,da jumpa nex entry plak k..Lastly to my endless love :

MOHD IZZIDEEN KHAIRI BIN HJ ZAKARIA

For you see, each day I love you more
Today more than yesterday and less than tomorrow

Dulu,Kini dan selamanya
Kimi o ai shiteru!

Love from:
-Mummy comey-


'Berilmu,beriman dan beramal......'


Wednesday, June 29, 2011

: Sempat lagi kowt :

Salam uoll...Rasanye entry kali ni cite last2 minit sebelum i meletup bersalin...Actually da lama da i ngn geng2 i plan nk buat party potluck ni,tp asik cancel jerk.yelah nk kumpulkan sume bukan senang.masing2 kdg2 ader hal sendirik...tp alhmdulillah last weekend 25 jun 2011 sempat jugak i anjurkan potluck di rumah i w'pon ader gak yg gagal hadirkan diri..tp terharu jugaklah ader yg sggp dtg dr shah alam mcm shae n biha.tp i tau dorg dtg semata2 nk bergosip la tu...hahahahaha..eja plak mmg da lama ngidam spageti i,merasa gak die..ina mmg takyah cakaplah sentiasa menjadi tulang belakang i..dielah second chef pada i yg terboyot2 ni...hehehehe...
Kebetulan plak 1st July ni befday my hubby,2nd july our 1st anniversary, and 3rd july my befday..cmne i bole dapat idea nk buat suprise kt en hubby.i beli kek tnpa pengetahuan die,n paksa die tiup n baca doa selamat skit...excited kot die i buat camtu..all unplanned..Alhmdulillah majlis berjalan lancar n makanan pon ngan2 je habis.thanx to all yg datang n jom enjoy tgk gamba2 kt bawah ni sbg kenang-kenangan...tggu nex entry i okey ttg satu lagi aktiviti yg i sempat buat before i masuk workshop ni..hehehehehe....
[Nyummy...Menu yg disediakan]
[geng-geng kipochi yang hadir]

[from Shah Alam wif Luv]




Monday, June 20, 2011

Hepy Father's Day

HEPY FATHER'S DAY

Rasanya tak terlambat lagi kn i nk wish Selamat Hari Bapa buat bapa-bapa di dunia...Actually i tak tau exact date bile sebena hari bapa ni,tp yg pasti i xnk terlepas peluang nk berterima kasih yang xterhingga buat bapa-bapa di dunia ni yg telah banyak berkorban utk keluarga..Special dedication utk abah den HAJI SAHEDAN BIN OMAR..Selamat Hari Bapa Abah..Asha tau dlm anak2 abah asha la yg paling comey,paling cute,paling dgr cakap,plg cengeng,paling suke gaduh ngn abah,paling suke teman abah lepak minum,paling suke marah2 abah sbb xjaga kesihatan,paling suka bwk abah jalan2 (w'pon sekarang da kurang sbb da kawin),paling2 ape lagi..???paling sumerlah..Wateva la kn,yg pasti asha nk bgtau abah asha SAYANG BANGATsama abah..Kdg2 tu mmg xreti asha nk overacting tunjukkan yg betapa sayangnya anak abah ni kt abah,care kt abah..Tp kerisauan pasal abah tu hari2 dok pikiaq, hanya Allah swt je yg tau..Rasanye along,angah,alang,mila n adik pon sama..W'pon cara kiteorg rock tp percayalah abah,kiteorg sayang kt abah..u're da best dat i've ever had..Moga abah dipanjangkan umur n diberikan kesihatan yg baik..n dapat tengok penambahan cucu2 abah yg semakin rancak seperti cendawan yg tumbuh..hahahaha...nway Love U.
 
[ Hj Sahedan bin Omar]
Nnnnnnnn tak luper jugak pada pak mertuaku..HJ ZAKARIA BIN HJ JAAFAR,Selamat Hari Bapa Abah..Terima kasih coz sudi menerima menantumu ini..Semoga abah diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki selalu....
[Hj Zakaria bin Hj Jaafar]

Nnnnnn...Kasih yang tak terhingga utk Cinta hati pengarang jantungku, Kekasih cerahku, IZZIDEEN KHAIRI BIN ZAKARIA..Selamat Hari Bapa dedi...W'pon tgh tunggu time je nk jadi dedi,mummy nk amik kesempatan ni nk wish jugak Selamat Hari Bapa...Mummy harap dedi dpt jd pembimbing yg baik tuk baby kita..Mumy sayang dedi..
[Mohd Izzideen Khairi Zakaria]
Last but not least..Utk abang2ku n abang2 iparku..Selamat Hari Bapa..Jadilah bapa yang terbaik..Walaupon bukan utk dipandang dunia,cukuplah sekadar yg terbaik di mata n hati keluarga kita kerana itu lah harta n permata kite sampai bila2......Luv u olll jugak...Rock babe !!!!

[Abglong Femly ]
[Angah Femly ]
[Alang Femly]
[Mila Femly]

[ Dedi Coolllll...Angah sorang je xde ]

'Berilmu,beriman dan beramal......'

Gloomy Monday

Salam uollsss...arini hari isnin..seperti biasa hari ini adalah hari malas sedunia...huhu...dis week i da 37 weeks,bertambah2 malas la nk buat keje..tp pelik kn nape bile hari isnin je sume org malas..??takde ke org rajin di hari isnin..wateva la kn..yg pasti last wekend my schedule pack n no time to rest..urghhhh,ade je xtvt sosial yg kiteorg buat..last2 hari isnin gak dipersalahkan..hahahhahaha...nak wek camno kan,nasib ko la isnin oittt..Hari ni aku declare aku malas nk buat satu ape pon..Harap2 boss aku xbaca la entry ni..kalau baca pon,mintak permission ye Boss..Mekacih...hoorreeeyyy, time to take 5....hope tomorow goin to b better....



'Berilmu,beriman dan beramal......'

Wednesday, June 15, 2011

Buah Hati Mommy & Dedy

As salam uollll...tggal lagi 4 mggu i n en hubby nk terima kehadiran org baru dalam family kami..excited nok...perasaan da bercampur2 da excited,neves tp yg pasti dgn kehadiran 'org baru' dalam hidup kami ni akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga..insyaallah...now org akan asik tanya baby da scan lom??barang2 baby da siapkan dalam keta lom??buku merah jgn lupa letak dlm handbag je...alhamdulillah ramai gak amik berat ttg i ni kn??lupa nk bgtau uolll,i da scan da baby i ni, insyaallah kalau ikut cakap doctor i akan dapat hero..en hubby punyelah seronok xterhingga sbb nnti ader geng nk tgk bola katanya..i actly tak kisah boy or gurl yg penting baby i slamat..

Bile cakap ttg persiapan ni, i awal2 lagi da bersoping brg2 Iman da.i jenis yg tak suka beli skit2..dat day ader warehouse Pureen,i ngn akak2 i yg memboyot lg 2 org tu pon amik kesempatanlah g soping..i cakap kt uolll mmg murah giles2..i da janji ngn en hubby taknak membazir,i beli ape yg patut je.last2 pilih punye pilih habis jugak RM6++...Habis terduduk en hubby..hahahahhahaha..tp i da beli sume lengkap da..so now i terpaksa tutup mata bile nmpak lagi sales2 barang bay..yelah siap da kena warning da "no more after dis"...amaklumlah first baby,excited tu terlebey skit...papepon mmg persiapan awal tu penting coz kalau i tak bersoping haritu konpim ader je barang yg tak cukup nanti..

Tgh i dok google2 cari info, i tertarik dgn persiapan2 yg perlu ader semasa hendak ke wad bersalin..yelah2 dok sibuk2 prepare barang tuk baby, tp tak tau ape nk bwak bile g spital..sama2 kite share okey.....Antara ceklist barang2 yg perlu di bawa ke spital ialah:

  • Utk Mommy
  1. Buku 'Pink' kena sentiasa ader...
  2. Nursing Bra
  3. Nursing Pad
  4. Maternity Panty
  5. Baju Panas
  6. Stokin
  7. Baju persalinan (Utk kuar spital nanti)
  8. Kain Batik
  9. Toiletteries (Utk bersihkan badan)         


  • Utk Iman
  1. Baju lengan panjang /Pendek ( 2-3 Helai )
  2. Seluar panjang/pendek (2-3 Helai)
  3. Sarung tangan n kaki (2-3 pasang)
  4. Barut
  5. Pampers
  6. Selimut
  7. Toiletteries baby
  8. Baby wipes
Walauapapun ramai yg advise i takyah bawak banyak sgr barang g spital tu coz kalau Normal insyaallah dalam 2 hari je dok spital...Selain dr dok pikir pasal barang 2je kn,yg paling penting ialah en Hubby sentiasa ader disebelah tuk bg support..yelah experience pon xde,so dgn adenye en hubby bolehlah mengurangkan kerisauan time bersalin nanti..Sentiasa amalkan doa2 yang di ajar,insyaallah sumer okey..



'Berilmu,beriman dan beramal......'

: Excited kowt :

Salam uolllss...da lama betul i x mencoret dlm blog ni kn??iskh2 lately ni mmg busy gilez nk setelkan keje before i slamat delivery..ooooo lupa plak nk bgtau,now i da 36week..lagi 4 mggu je nk masuk workshop..hehehehe..perasaan tu hanya Allah swt je yang tau..Seronok + excited + neves + wisau..macam2 lah..tp yg paling excitednya ialah en hubby..die la yg plg rajin siapkan barang2 baby last2 minute ni..beg baby nk prepare dlm kete die siapkan,rumah die kemas tuk keselesaan,yg syoknyer siap die da train nk berdepan ngn situasi dlm labour room nnti.. i plak yg makin hari makin neves,tido pon da tak lena da...tp alhamdulillah sampai ke harini i masih boleh bergerak cardas lagi walaupun pergerakan da lambat skit..heheheh....
Yang i peliknya makin dekat nk bersalin makin byk plak benda2 penting nk kena setelkan kt opis..alhamdulillah da hampir setel n bolehlah masuk workshop dengan aman..doakanlah i selamat okey..terima kasih byk2 kt semua yg concern n mendoakan i. terharu sangat....sayang korang sumer...Lastly semoga baby iman i ni sempurna,sihat n comey cam mummy n dedy die.kehkehkeh...Insyaallah.....


'Berilmu,beriman dan beramal......'

Friday, April 1, 2011

Ude @ Dara...???

Halloooooo....suspen x tajuk entry i kali ni??hahahah..actually now i da 26 weeks pregnant..almost 14week to go.i ni ader masalah skit nk kira bulan2 ni,almaklumlah cekup kt gomen so da sinonim ngn kiraan per week ni...Excited kot w'pon sebena agak cuak gaklah nk bersalin ni...hehehhe..tp most of my fren cakap nanti bile nk start meneran kt labour room tu da xterasa takut da..i x dpt nk imagine lagi camner..

Overall sepanjang i pregnant ni alhamdulillah i takde alah pape..muntah2 jauh skali,malah i makin aktif plak..i bersyukur sangat2 i macam ni..if not mayb akan menyusahkan byk pihak..tp ader setengah org tu alah teruk time awal2 preggy..ikut nasib masing2 lah.Lain org lain caranyer.Mayb kali ni i ok, nex baby who knows kn??tp i harap sedozen pon anak i nanti, hopefully i tak alah la time pregnant..Masa early 2 mth preggy tu i pon pelik gak i ni aktif semacam mcm tak ngandung plak..tp skrg da almost 6 mth ni mmg terasa la memboyot nyer nk ngendong g maner2.heheheh..bak kata hubby i, pergerakan da makin slow..hampeh je kn??tp yg plg ketara skali badan i membesar sebagai johan..dr i pakai saiz 'S' now da 'XXL'...OMG, membesar kot....tp rasanyer hidung i maintain g, blom thp nugget la..hehehe...

Sepanjang 6 bulan preggy ni,cuma 2 kali je i buat scan kt sikechik dlm puwut ni..org kata tak elok scan byk2 kali nnti efek kt baby..i pon xpasti kesahihan statement tu..i bkn xnk scan, tp kt gomen klinik tu xdo boleh scan, scan tuk dgr jantung baby aderlah...Alhamdulillah baby i sihat n i pon takde masalah pape spjg preggy ni..actly i ni xsabar nk p buat Scan 3d/4d nex monday..suspen ma...org kata kalau da 6 bulan ni sesuaiii sgt da tuk scan baby..excited i ngan hubby nk tau si kechik dlm pewut i ni uda @ dara..i xkisah mana2 pon, tp yg penting i kalau boleh nk tau..xmoh suprise2 ni...mudah skit i nk buat preparation.lgpon byk hearsay kata kalau scan 3d ni boleh tgk anggota badan baby kalau de pape masalah ke,at least kalau de pape we can prepare earlier..mana lah tau tetiba scan kang baby i ni ader 2 org..hahahahah...tp sebena hubby i yg xsabor sgt nk tau coz da start nk crk nama si kechik ni.. =) so sesama la kite nantikan result monday ni sama uda @ dara si kechik i ni.Doa2kanlah baby i sihat sihat tubuh badan, cukup sifat n xde masalah pape..first abby ni i xde experience kn,so sume benda i risau...to all auntyssssss and onclesssss, readykanlah ole2 yer july nanti...hehehehhe....

[ 1st Scan on Dec 2010. Comey lote jerk.. ]

[ 2nd Scan on Feb 2011.. anak mummy da besar ]

Alhamdulillah...can't wait to see u sayang...Mummy selalu berdoa agar anak mummy ni jadi anak yg soleh/solehah..Jangan melawan cakap org tua.Belajar rajin2 leh jadi angkasawan..glamour u....heheheh...Nakal skit2 takpe, tp kalau ikut history n kronologi zaman kecik mummy n daddy ko mmg agak lasak..lagi2 daddy tu iskh2 kalau diceritakan balik mmg berbuku2, nanti tanya wan lah..huhu ....Takpelah sayang,cmne pon mummy n daddy sayang kamu sbb kamulah permata hati mummy n daddy.... xoxo ~

'Berilmu,beriman dan beramal......'

Cerita Hari ni...

Salam uolll...salam aprilfool..i boleh terlupa harini la hari plg syok nk kenakan org..tp zaman skoleh2 dulu syoklah..now da semakin kurang sambutan da aprilfooll ni..heheh..tp harini i xde mud sgt..2-3 hari ni asik sakit kepalo yo...darah tggi i naik kot..heheh..hopefully takla..tp mmg sakit kpala then mata pon macm kabur2...Alhmdulillah ader hubby yg leh tolong picit2kan..so pd yg single mingle tu kawin2 la cepat..hehehhe...harini jugak i takde mood,stress,sedih,kecewa,tak tau nk buat ape, otak asik berpikir..sume benda lah senang citer...Macm2 terjadi lately ni..betul la Allah tu kdg2 sengaja nk menduga umatNya cmne nk bersabar, hadapi sume dugaan..Tp kite tetap manusia yg tak lari dr kesilapan...i pon akui i pn slalu buat silap,tp kite kena sentiasa muhasabah diri lah..kalau rs diri tu silap, mohon kemaafan..tak jatuh maruh n ego kite kalau kite minta maaf ni..Ntahlah, i sebena da xleh nk pikir pape da..juz go wif da flow..Cuma dlm hidup ni kdg2 kite kena tgk diri kite selalu berprasangka pada org lain..selalu berdoa dan muhasabah diri..i pon kurang jugak ilmu2 macm ni, tp kalau kite berkehendakan sesuatu,insyaallah.......



Tak tau nk merapu ape dah..arini da hari jumaat. esok lusa cuti..bestnyerrr..tak sabar nk merenggang2 kan urat yg tegang ni..heheh..tp wekend ni pon sibuk gak weding my BFF..tp at least leh la merehatkan badan skit.ok la guys, jumpa nex entry..no mood nk berceloteh panjang..dlm keadaan skrg ni i cume merindukan kenangan2 masa dulu..itu je i boleh cakap..tp tu lah, masa berubah dan manusia pon berubah..itu da lumrah kehidupan..kite yg hidup ni kena corakkan jalan hidup kite sendiri..so pepandailah...ok, adios....selamat beristi rehat di hujung minggu sumer....


" Ya Allah Yang Maha Mulia dgn rahmatMu kami memohon pertolongan, perbaikilah seluruh keadaan kami & janganlah Engkau menjadikan diri kami beban bagi diri kami sendiri meski hanya sekejap. Sayangilah kami & berkatilah kepada kami dgn kemudahan serta menjauhkannya dari berbagai kesulitan yg membelenggu kehidupan kami."



To hubby..thanx for being my gud listener.....Luv u...

'Berilmu,beriman dan beramal......'

Wednesday, March 30, 2011

Lunch@ Cozy Houz Great Eastern...

Salam guys..Kali ni i nk cite pasal 1 of restaurant yg i suke g waktu lunch.iaitu Cozy House di Great Eastern...Tp bukan selalu la,kalau ader org nk open table sure kami akan offer diri ke restaurant ni..heheheh..so far keje kt tempat soldier ni, ader 2-3 kali gak kiteorg wat makan2 kt sini..selalunyer farewell party la..Tp harini bukan de farewell sesaper, tp tetiba my big boss nk blanjer..Mula2 nk carik restaurant yg ader buffet steamboat or BBQ, tp search2 mmg takde.sume buat steamboat n BBQ start petang..At last kami terus mengoofer utk lunch di cozy houz ni..Semua warga Pero-4 join except Liza, Mejar n cik Mat..sume ader tanggungjawab lain..nk wat camne takdo rezeki nk merasa boss blanjer..nex time la yer..
Kat sini sumer menu mmg best22,tp yg i boleh suggested ikan siakap sweetsour, tomyam campur,ayam balut daun pandan.Tp arini butter prawn die kurang menyelerakan mayb sbb da byk sgt mknan kot..heheheh...so guys enjoyla tgk pix yg diambil tadi....


[ Momma hot ]


[ Anak-anak dara ]

[ Warga Pero-4]

[ Wif lovely boss ]

[ Our menu ]











[Wif Mama Liza. Np gigi mama liza bersinar..??hehehe]

[Thank u so much boss ]


 So guys kalau rerasa da ngidam tu,singgah2 la di COZY HOUZ ni :
Lot 10, 11 & 12, Level 3,
Great Eastern Mall,
303, Jalan Ampang,,
50450 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-4257 8988
Fax: 03-4257 1988
 or
Lot 286 (1st Floor),
Ampang Park Shopping Centre,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur



'Berilmu,beriman dan beramal......'