Sunday, August 7, 2011

Angin Pasang

Salam uollll...arini genap baby Iman sebulan..Alhamdulillah baby iman sihat.Mummy die pon lagi 14 hari je nak habis pantang..hehehehhe..ape yg i nk cite kt sini ttg baby Iman yg ade tanda2 nk kena 'angin pasang'.Mungkin ade sesetengah dari uol yg xtau ttg sakit ni..actually i pon xbrapa paham ttg sakit ni,tp bile baby i sendiri ader tanda2 n lepas puas i google info, br i paham skit.n now i ngah carik cmne cara nk hilangkan benda ni..
For uolnye info,beberapa ati lepas,masa wan die mandikan die tetiba wan die terperasan ade benjolan di ari2 belah kii baby iman.bile ditekan terasa macam ade angin bergerak.bile diurut2 lama2 benjolan tu pon hilang..i tetiba jadi wisau bile mak i ckp tu mcm tanda2 angin pasang.i pun pelik gak sbb slalunya org cakap angin pasang ni jadi kat anu2 baby tu yg benjol,p ni kt ari2 die je..tp bile google2 betul benjolan di ari2 tu pun tanda2 nk terkena angin pasang...
so i pon google2 la cara nk hilangkan angin pasang ni..byk cara rupanya...ni ade seba sikit info pasal angin pasang utk makluman bersama...

" Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.


Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.


Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan. .
Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

Petua menghilangkan Angin pasang:
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum)
  • Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
  • Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.
  • Gunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).
  • Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.
  • Tuam guna lada hitam../ biji sawi yg goreng dlm kuali tanpa myk. Lepas tu bungkus dgn kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi/ ptg...
  • Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dlm periuk.. jangan panaskan lama2, nanti terlalu panas lak.. dlm 1-2 minit jerk. Pastu, masukkan dlm kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut baby ngan telur dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tuh...
  • Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat n tekap2 kat area 'anu' die..pastu urut secara menurun dari pinggang( buat dlm keadaan kedua2 belah tgn terbuka)ke tepi kelengkag baby..guna minyak bayi supaya bayi selesa.."


So far sekarang i mmg tuam 3 kali sehari baby iman ni..sume wan die buat..i ade gak bawk g jumpa tukang urut.tukang urut tu baca skit kt myk yg nk diurut kt baby iman..ikhtiar je la kan??hopefully hilanglah angin pasang tu..td tgh i google2 terbaca plak cara lain nk hilangkan angin pasang ni iaitu dengan cara tuam dengan buah daun kecubung..uol pernah dgr tak??org kata susah dapat daun ni,tp i kalau bole nk ikhtiar jugak cari kalau betul cara ni boleh hilangkan sakit angin pasang tu..ni ader gamba buah daun kecubung tu tuk makluman bersama....


So now misi i adalah mencari DAUN BUAH KECUBUNG...............

15 comments:

  1. hmm, aku pun xtau sal angin pasang ni.. thx Cha atas info ni..

    nway, camne bb iman? dier meragam ke sbb angin pasang tu?

    ReplyDelete
  2. salam mommy iman.. boleh tak nak tanya perkembangan baby iman mcmana ye pasal angin pasang.da surut ke dia punya angin pasang? buat mcmna ye. actually, my baby kena kes yang sama la mcm iman. tadi i pgi cek doc, dia kata suh cek doc pakar untuk surgery.

    ReplyDelete
  3. Salam sarah...baby u kena kt telor die ke kt pangkal paha die.baby iman dekat pangkal paha..n now da operate da bulan 8 aritu tuk tutup lubang tu..alhmdulillah now da xde.so far xde lagiklah..die pon da xnangis2 da cm dulu...u g hospital maner???

    ReplyDelete
  4. oh.. tq mommy iman.. baru perasan comment kat sini. hmm. sama, bb saya pun kena kat pangkal peha. i gi kat klinik pakar mulanya. & dia sarankan pegi operation. so, baby yang umurnya sebulan lebih pun boleh wat operation ye? bb saya blum pun masuk 2 bulan. operation buat kat private hosp ke kat general hospital ye?

    ReplyDelete
  5. salam,

    nak tanya, dah dapat ke daun tersebut? kalau ada boleh tak nak tahu dapat kat mana coz sy pun sedang mencari sekarang.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Daun kecubung tu memang payah nak dapat. Pakcik ada minta kawannya itupun jawabnya bagi 3 helai je bawa balik kg untuk Anak kami. Tapi sayangnya masa raya, mentua terima daun tu ramai tetamu datang termiss place daun tu sampai sekarang tak jumpa. Masa Pakcik dtg kami takde kat umah mentua p beraya. Cucu Pakcik tuam guna daun kecubung alhamdulillah ok.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Knp ye anak sy kurang menyusu pdhal dia lapar? Sy bgi smpai dia menangis xnk. Dia hnya akn mnyusu dlm keadaan x sedar je.

      Delete
  9. Assalam..juz nk tye..pembedahan tu cmne ye?cm tkt je dgr..suami mst xbg bedah punya..mst suh berurut je..klu urut leh hilang ke?huu dlm dilema..

    ReplyDelete
  10. Anak sy pon nak kne operate. Risau btol. Duk google2 xsangka ad jumpe komen yg 2017 pnye.

    ReplyDelete
  11. Anak saya Iman gak. Lahir 36 weeks (border) dan underweight 1.5 kg. Kena hernia umbilical tapi skang da hilang. Masa tu Hernia dia timbul kat kantung gak. Tapi pas pusat masuk, hilang da hernia.
    Cuma skang kantung dia bengkak balik masa dia 9 bulan ni. Urut2 dgn minyak bg flat. Ade gak tuam dgn sirih tapi kurang efektif. Mebe kena buat pakai daun kecubung. Nasrb makcik ade tanam, beli masa cuti kat Sabah aritu x silap. Moga2 hilang la sbb Dec (umur dia masuk setahun) kn jumpa Paed HKL semula. Huhu

    ReplyDelete
  12. Anak saya Iman gak. Lahir 36 weeks (border) dan underweight 1.5 kg. Kena hernia umbilical tapi skang da hilang. Masa tu Hernia dia timbul kat kantung gak. Tapi pas pusat masuk, hilang da hernia.
    Cuma skang kantung dia bengkak balik masa dia 9 bulan ni. Urut2 dgn minyak bg flat. Ade gak tuam dgn sirih tapi kurang efektif. Mebe kena buat pakai daun kecubung. Nasrb makcik ade tanam, beli masa cuti kat Sabah aritu x silap. Moga2 hilang la sbb Dec (umur dia masuk setahun) kn jumpa Paed HKL semula. Huhu

    ReplyDelete
  13. Aslmkum by sy pon kena mcm tu.. telur x trun dlm kantung.sebulan skali msti dia triak kuat sbb skit.skrg,diq dh 7bkn..dr set date utk jumpa pakar bln nie.fmly plk x bg bwk jumpa dr. Dlm dilema.skrg ikhtiar cara kg smntra tgu trikh jumpa pakar.😫😫

    ReplyDelete